Monday, June 1, 2009

LIGA M : PRESTIJ ATAU SEKADAR SYOK SENDIRI?


Sebenarnya Liga Malaysia tetap hebat di mata peminatnya.


Saingan liga utama di eropah sudahpun melabuhkan tirainya. Pasti kebanyakkan peminat setia Liga Perdana Inggeris(England), La Liga (Sepanyol), Serie A (Itali) dan liga lain merasa 'sunyi' dengan berehatnya liga-liga tersebut. Sebelum terlambat, tahniah di ucapkan kepada Manchester United, Barcelona dan Inter Milan yang telah menjuarai liga tradisi masing-masing. Jadi, bila dah rehat, ke mana pula tumpuan peminat sukan bola sepak tanah air? Saya tersenyum simpul bila penyampai radio Hot FM, Kieran mencadangkan semua peminat bola sepak eropah ini untuk memberi fokus pula kepada saingan liga tempatan, Liga Malaysia yang terdiri daripada Liga Super dan Liga Premier. Setuju atau tidak? terpulang kepada anda.

Liga Malaysia sebenarnya tidaklah seteruk mana, masih ada kualiti yang dapat dilihat pada pemian-pemain tempatan. Cuma persepsi masyarakat yang selalu membandingkan Liga M dengan EPL, La Liga dan Serie A. Apalah ada liga M jika dibandingkan dengan liga 'mat salleh' tersebut yang sememangnya sarat dengan pemain bertaraf dunia. Apalah guna kita membandingkan Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin, Safee Sali dengan Cristiano Ronaldo, Thierry Henry, Frank Lampard dan Steven Gerard, memang bagai langit dengan bumi lah jawabnya. Begitu juga jika kita membandingkan kredibiliti jurulatih Jose Mourinho, Sir Alex Ferguson, Arsene Wenger dan Marco Van Basten dengan Irfan Bakti, K Devan, Azrai Khor Abdullah, memang tak kena langsung.

Tapi bukan persoalan perbandingan itu yang ingin saya ketengahkan, cuma selama ini ramai peminat liga tempatan 'makan hati' dan kecewa dengan kemerosotan kualiti liga M ketika ini. Jika tahun 1990an, kualiti pemain begitu memukau, tidak hairanlah penonton berduyun2 ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Jika dahulu, Stadium Shah Alam, Stadium Darulaman, Stadium Larkin, Stadium Likas, Stadium Tuanku Abd Rahman dan lain-lain sentiasa penuh, sekarang kita lihat hanya 2-3 stadium saja yang menjanjikan kehadiran ramai penyokong, itu pun tak sampai separuh ruang stadium dipenuhi juga. Pernah satu siaran langsung yang membabitkan pendahulu Liga Super hanya dihadiri oleh 7,000 ribu penonton sahaja. Alahai itu jumlah penonton yang 'kritikal' sebenarnya, anda pasti dapat bayangkan bagaimana pula penonton pasukan di tangga bawahan liga atau pasukan kelab?

Saya mencadangkan agar Liga Super dan Liga Premier dibubarkan, alasannya kerana kualiti Liga Super dan Liga Premier 'lebih kurang sahaja', selain tidak praktikal kerana membabitkan jumlah pasukan yang berangka ganjil, sesuatu yang tidak di gemari FIFA sebagai badan induk bolasepak dunia. Liga M harus diubah kepada format pada 1990an dulu, iaitu 15 pasukan negeri di kumpulkan dalam satu liga dan tidak akan ada pasukan yang akan diturunkan liga memandangkan di Malaysia tidak banyak pasukan yang ada. Janganlah cuba meniru Liga Inggeris kerana mereka mempunyai 743 pasukan yang bertanding dan mempunyai 4 liga. Malaysia ada berapa pasukan? termasuk kelab pun jumlah tidak sampai 50 pasukan, itu pun jika dapat bertahan, kita tengok apa jadi pada pasukan kelab sepeti TNB Kelantan, JKR Kelantan, NS Chempaka, MK Land, Public Bank dan terbaru pasukan MBJB yang terpaksa disingkirkan dari Liga Premier.

Kemeriah liga M pada 1990an cukup memukau, pada pasukan yang menjuarai liga pasti memang terbukti kehebatannya kerana mereka bertemu dengan semua pasukan. Selain itu, kembalikan pemain-pemain import untuk bermain di Liga M. FAM tidak perlu takut pada bayang-bayang sendiri, sejarah membuktikan pemain import bukan punca kemerosotan pemian tempatan, tanggapan itu terlalu primitif sebenarnya. Scott Olleranshaw, Alistair Edward, Mehmet Durakovic, Mamadou Diallo, Alberto de Nacemento dan Saphou Lassy antara pemian import yang cukup memberi impak kepada kemeriahan liga. Ini juga sebenarnya faktor penarik penonton datang ke stadium. Tahun lalu Stadium Darul Aman sentiasa penuh kerana peminat Kedah begitu teruja dengan kehebatan gandingan pemian import mereka, Marlon Alex James dan Bernard Huggins.

Isu kemerosotan pasukan kebangsaan juga sebenarnya mempengaruhi minat rakyat malaysia kepada liga tempatan. Ramai yang mengimpikan Malaysia mampu bermain dalam Piala Dunia mahupun Piala Asia, tapi buat masa ini itu adalah dalam kategori 'Angan-angan Mat Jenin' rakyat Malaysia. Percayalah, jika pasukan kebangsaan berjaya dan ampuh di peringkat antarabangsa, pasti secara langsung liga tempatan akan meningkat prestasi dan prestijnya dan pada masa itu keyakinan pada liga tempatan meningkat. Usah takut melantik jurulatih asing yang berwibawa untuk mencurahkan bakti di bumi Malaysia, Bertalan Bisckei dan Allan Harris hampir meletakkan Malaysia ke landasan tapi malangnya belum sampai ke destinasi, mereka sudah dihukum 'bunuh' tanpa pengadilan yang meyakinkan.

Apapun, rakyat Malaysia tetap menanti kemunculan Malaysia yang kuat, mantap dan berkesan. Usaha mempertingkatkan liga tempatan harus dilakukan dari masa ke semasa. Malah ada sahabat saya juga mencadangkan kepimpinan 'lapuk' FAM harus di tukar kerana memang ternyata GAGAL. Terpulang pada penilaian semua. Tepuk Dada Tanya Selera, Buka TV Tengok Bola.....Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

hahaha..mane bleh tgk liga m..aku fobio dooh..men mcm kerbau kat sawah jer..ape ke hei nye negngok liga m..takder makner nyer.

viva mat epl...

Adisaputra said...

Semalamaku tengok perlawanan Johor vs Felda Untd...Sungguh memalukan dengan layangan 2 kad merah. Sepanjang 90 minit perlawanan penonton dihidangkan dengan aksi panas baran dari pemain - pemain yang mengelarkan diri mereka pemain profesional...huhhhh memboringkan main macam budak kampung tapi kalau bab panas baran nombor satulah...ini yang buat aku naik malas mahu pegi stadium lagi...

Perlawanan boleh macam dah jadi perlawanan kungfu pula...sikit2 terajang, sikit2 tolak menolak..

kalau nak tingkatkan bola sepak Malaysia kita kena buat perubahan besar dalam dunia bola sepak Malaysia. Semua kena tukar termasuk pengadil yang kadangkala berat sebelah terutama jika melibatkan pasukan dari borneo