Wednesday, June 10, 2009

MENJADIKAN KUALA PENYU SEBAGAI SYURGA PERANGINAN


Kuala Penyu kaya dengan sumber alam dan keindahan semulajadi


Daerah Kuala Penyu adalah sebuah daerah yang terletak di barat daya negeri Sabah. Termasuk di dalam kawasan Parlimen P.177 Beaufort, Kuala Penyu sebenarnya adalah sebuah daerah yang tidak banyak untuk diperkatakan. Bagi pengunjung luar yang kali pertama datang ke Pekan Kuala Penyu, istilah 'pekan koboi', 'pekan mati' dan 'pekan sunyi' begitu sinonim. Bahkan bukan pengunjung luar sahaja yang menggelarnya hatta penduduk tempatan pun menggelarkan pekan ini sedemikian.

Memang diakui, berbanding 10-15 tahun dahulu, Kuala Penyu sudah ada perubahan. Lot-lot kedai baru, bangunan perniagaan baru, Hospital Kuala Penyu dan Balai BOMBA yang tersergam ini menjadi mercu tanda baru di daerah ini. Begitu juga daerah kecil Menumbok yang terletak dibawah pentadbiran daerah Kuala Penyu, sedikit sebanyak berganjak menelusuri kemajuan walaupun tidaklah serancak mana. Bercakap mengenai produk pelancongan di sini, hanya Pulau Tiga dan keindahan Pantai Sawangan sahaja yang menjadi sandaran. Selainnya hanya biasa-biasa sahaja iaitu perkampungan biasa yang dapat dilihat di mana-mana.

Suasana alam semulajadi yang menyelimuti daerah ini sebenarnya adalah modal terbesar dalam menjadikan Kuala Penyu sebagai syurga pelancongan. Tidak tahu apakah yang difikirkan oleh para wakil rakyat yang mewakili masyarakat di sini sehingga untuk melihat satu pembangunan pun begitu perlahan walaupun sebenarnya amat mudah memajukan daerah ini sebagai produk baru pelancongan di negeri Sabah dan Malaysia secara umumnya. Bagaimana caranya? Di dalam atrikel ini saya mencadangkan beberapa 'projek pelancongan dan pembangunan' yang harus difikirkan oleh semua pemimpin masyarakat di Kuala Penyu.

Pertama sekali, di hujung tanah atau lebih tepat lagi pantai Mempakul di dalam kawasan daerah kecil Menumbok adalah satu tempat yang cantik. Selain pemandangan yang menghadap WP Labuan, Sipitang dan negara Brunei Darussalam, tanah ini juga adalah tanah negeri Sabah yang paling barat mengikut peta dan geografi Sabah. Kenapa kawasan ini tidak dimajukan sebagai ANJUNG SENJA yakni kawasan rekreasi sebagai pusat riadah, pusat kesihatan dan laman hijau yang pastinya amat diperlukan penduduk di kawasan ini dan pengunjung luar yang datang ke sini untuk ke WP Labuan. Majukan kawasan ini seumpama kawasan Simpang Mengayau di Kudat dan Pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu. Penggabungan dua elemen ini pastinya akan menjadikan tempat ini sebagai pusat perkelahan dan riadah yang popular di kawasan pedalaman bawah.

Kedua, kepada siapa-siapa yang pernah memasuki Stesen Pertanian Menumbok yang terletak di Tanjung Aru, Menumbok pasti dalam memikirkan satu idea yang boleh diketengahkan. Dicadangkan binalah satu pusat eko resort, iaitu pusat latihan dan 'team building' berdasarkan kawasan yang sesuai untuk membina banyak kemudahan latihan. Konsep eko resort yang mempunyai 'jungle trecking', Flying Fox, Monkey Bridge, dewan kuliah dan sebagainya sudah cukup untuk digunakan sebagai pusat pembangunan jati diri belia dan kemasyarakatan. Kaji dan selidiki lah kawasan tersebut.

Daerah ini yang dikelilingi dengan pantai sepanjang pesisir daerah cukup mantap dan sesuai untuk didirikan chalet atau resort yang bercirikan alam semulajadi. Memang benar sudah terdapat beberapa chalet tapi malangnya dengan keadaan jalan raya yang teruk serta jauh ke dalam, pasti menyukarkan pelancong untuk datang. Pilihlah mana-mana kawasan pantai yang senang untuk dikunjungi dan binalah chalet yang disertakan dengan program homestay yang boleh digerakkan oleh mana-mana kampung yang berminat untuk merintis program pelancongan ini. Lebih menarik binalah pusat peranginan bercirikan golf resort. Daerah Kuala Penyu pasti tidak akan sunyi dengan pelancong dari dalam mahupun luar negara. Terletak dikawasan yang tidak jauh dari kawasan laluan utama Kota Kinabalu - Sarawak - Brunei Darussalam dan WP Labuan, tiada sebab Kuala Penyu terlepas daripada senarai destinasi kaki golf seluruh dunia.

Rivercruise yang merentasi sungai-sungai yang ada disekitar pekan Kuala Penyu dan Menumbok perlu difikirkan kewujudannya. Sekarang ramai yang sudah tidak berkesempatan untuk menikmati alam semulajadi merentasi sungai dan hutan paya bakau yang kaya dengan sumber alamnya. Ditambah dengan kehadiran spesis yang istimewa seperti monyet belanda atau 'proboscis monkey' dan kelip-kelip, dirangkaikan dengan program homestay mahupun resort, selain menyediakan kemudahan kayak dan jet ski pasti sesuatu yang menarik.

Sayang jika daerah Kuala Penyu terus menerus menjadi seperti hari ini untuk tempoh 50 tahun mendatang. Pembangunan fizikal juga harus dipertingkatkan untuk mengelakkan status sebagai pekan koboi terus sebati bersama namanya. Jika dapat dibina satu pusat pendidikan seperti Institut Perguruan mahupun Kolej Komuniti atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), selain mewujudkan pusat pentadbiran kerajaan dalam satu kawasan yang terancang seperti Putrajaya, sekurang-kurangnya akan menaikkan kegiatan ekonomi dan industri lain yang berkaitan. Ini belum lagi termasuk jika harapan pembinaan jambatan antara WP Labuan - Menumbok menjadi kenyataan, pasti melimpah ruah kenikmatan pembangunan di kawasan ini.

Kepada pemimpin dan wakil rakyat di kawasan ini, jangan hanya pandai bercakap tanpa usaha. Jangan jadi tin kosong, bunyi sahaja bising tapi tiada isi. Fikir-fikrlah bagaimana untuk membantu anak bangsa di kawasan ini. Sampai bila penduduk di Kuala Penyu hanya menjadi penonton kepada pesatnya pembangunan kawasan di tempat lain sedangkan ditempat sendiri tiada apa pun yang menjadi kebanggaan. Adiioosss...

5 comments:

Adisaputra said...

saya sokong...di kuala penyu ada perayaan pesta rumbia...tapi malangnya pesta ini seperti tidak mendapat liputan dan promosi secukupnya hinggakan ianya diketahui dikalangan penduduk sekitar Kuala Penyu sahaja...rakan saya dari kudat pun tidak tahu keujudan pesta yang menarik ini...malang sungguh dan satu pembaziran....

Butots said...

Org di Kuala Penyu pun ada yg x tau bila pesta rumbia diadakan.. saya mencadangkan agar perayaan pesta rumbia ditetapkan pada satu tarikh sahaja agar setiap tahun agar penduduk kp dan pelancong asing mudah menyusun plan utk dtg menyaksikan pesta ini...

DearlyCleo said...

pekan koboi..hehehe..ya, itu istilah yang sesuai...Betyl, aku sangat gembira kalau balik KP sebab banyak pantai..Kalau balik KP nka naik feri, sepanjang jaln mesti jumpa pantai dan lau..sampai kg, tidak lepas pergi ke laut..ckap la laut mana2...mesti aku anggap d KP plaing best dan bersih sebab tidak tercemar..cukup la utk family berkelah2...sayang kan tidak dimajukan sebagai industri pelancongan...tapi ada baiknya juga..tidak la tercemar pantai2 kita...apa pun, kalau pelancongan naik, xmusthil eko dan Pekan koboi berubah wajah..wakil daerah mcm x buat apa2, itu betul..

Anonymous said...

Ya... Saya pun pnah out station selama 1 minggu di KPU, bnyk jg aktiviti yg saya buat disana spt memancing, memukat merambat, memintur... Minuman murah... Tp sayang ATM kurang, dan kdg2 tpaksa ke Bfrt sbb ATM kehabisan duit... Adeehhh... Gantung truss...

Anonymous said...

ada mesin ATM d Hospital KP. ATM Agro Bank. masuk saja dlm hospital baru dan besar tu, jumpa sudah ATM. hee..