Wednesday, May 27, 2009

LAKSAMANA SUNAN : PAHLAWAN MELAYU YANG 'TERSINGKIR'


Laksamana Sunan : Fantasi atau Realiti.


Apabila saya membaca trilogi novel tulisan penulis novel thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Mursyid iaitu Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta, saya cukup tertarik. Selain gaya penulisan novel yang cemerlang, jalan cerita yang gemilang dan informasi yang terbilang, saya juga amat menggemari watak yang dihidupkan dalam trilogi ini. Watak yang dimaksudkan ialah Laksamana Sunan, Laksamana Tanah Melayu yang berkelana di Tanah Rencong (Aceh) gara-gara difitnah di desa halaman serta dimurkai Sultan Melaka.

Laksamana Sunan atau nama sebenarnya Saifudin Bin Jalis (mengikut watak dalam novel) adalah adalah watak yang menjadi tunjang dalam ketiga-tiga novel ini. Walaupun ini sekadar novel, tapi plot cerita dan gaya informasi yang digunakan adalah berdasarkan fakta sejarah. Novel ini sarat dengan pelbagai sindiran, pengajaran, manfaat dan ilmu yang tidak sedikit kepada para pembaca. Namu begitu, saya bukan berniat mempromosi novel tersebut, tapi persoalan yang timbul apakah benar wujudnya Laksamana Sunan dalam sejarah lampau? Jika benar, kenapa nama pahlawan Melayu ini begitu tidak 'Popular' jika dibandingkan dengan pahlawan lain?

Laksamana Sunan bukan sekadar pahlawan, tapi juga seorang yang memiliki peribadi dan agama yang cukup tinggi. Berdasarkan kajian yang saya dapati, Laksamana Sunan sememangnya ada cuma tidak pernah dikembangkan menjadi entiti kepahlawanan Melayu yang masyur. Sama seperti nasib seorang melayu yang bernama awang, atau Enrique yang telah berlayar mengelilingi dunia bersama Ferdinand De Magellan, begitu jugalah nasib Laksamana Sunan yang tidak pernah dipedulikan keberadaannya. Saya tidak dapat memberi gambaran secara tuntas memandangkan fakta mengenai kisah Laksamana Sunan adalah tidak jelas.

Secara jujurnya, saya berpendapat Laksamana Sunan adalah lebih layak digelarkan Pahlawan Melayu yang sejati memandangkan usahanya menentang kejahatan dan kebatilan berbanding pahlawan melayu lain hatta termasuk Laksamana Hang Tuah yang terlalu 'membuta tuli' menjunjung perintah Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka pada masa itu. Terpulang kepada anda semua untuk membuat penilaian. Wassalam.

13 comments:

Tya Shea said...

benar apa yg seperti dikatakan diatas tp adakah kewujudan laksamana sunan adalah benar??seperti hang tuah sememangnya kita semua sedia maklum dgn kewujudannya...

Anonymous said...

hmmmm....benarkah laksmana sunan wujud tapi kewujudannya xdipedulikan?

min sunan said...

Sememangnya Laksemanan Sunan wujud, tetapi kepahlawanan dan Kealimannya berpaksi kudrat dari Allah dan tidak kepada pemerintah dan beliau sendiri. Dalam masa yang sama dakwah manjadi tunggak awal sebelum sesuatu penyelesaian dilakukan. Disebabkan itu keserlahan Sunan dipandang enteng dan dan sukar dibawa berunding untuk sesuatu hajat sang pemerintah dan penjajah. Justeru itu kewujudan Sunan ini tidak perlu digembar gemburkan. Seperkara lagi Penulis cuba sedikit demi sedikit untuk mengenengahkan bahawa Pahlawan seperti inilah perlu diterima dan sewajarnya dinobatkan sebagai laksemana Melayu. percubaan penulisan ini adalah semata-mata untuk menanamkan sedikit sedikit para pembaca dan penganalisis bahawa pahlawan yang kita agungkan sebelum ini adalah perlu dikaji semula mengikut peranan dan keberkesananya itu.

Sekian untuk sementara waktu

budak setan said...

laksamana sunnan mitos atau reliti

budak setan said...

??????????

Anonymous said...

saya pon sokong yg laksamana sunan tu wujud....

Unknown said...

Mengikut pengetahuan saya>>

laksamana sunan tidak begitu terkenal disebabkan baktinya yang kurang di Malaysia(seperti dlm novel)....
jika anda pergi ke acheh,mungkin segelintir penduduk di sana dpt memberikan sedikit maklumat...

Unknown said...

Salam..sye brpndpt mungkn adanya wujud laksmana sunan itu..mgkn diats kerndhn dirinya..dia memilih untk tidk dknli..cme sye ingin mngur tuan mngnai hang tuah..ssnghnya sejarh itu sntiasa harus dikaji...jgn mdh mnrima sesuatu trutme sejrah yg dkji oleh brat..hang tuah juga seorg pendkr sufi yang prnh brguru dgn wali besar tnh mlyu yaitu sang adiputra ataupun dknli sbgai Syeikh Thanahuddin almadani..mgknkh tuan rasa hang tuan yg dianggp mrd ksyangn Dato Adiputra..akn brtndk mmbuta tuli tnpa mndahulukn Allah dlm prbuatnnya...maaf ats sdikit tgurn..WALLAHUALLAM..

Anonymous said...

Jangan lupa novel yg last skali sunan musafir ok

Muhammad Amirul Muhammad Ikram said...

Assalam, pada pendapat saya susah tentu wujudnya hamza Allah yg dipanggil laksamana sunan ini. Namun jika diteliti dengan keperibadian yg tinggi dan kewarakannya itu,saya pasti Laksamana Sunan sorang yg low profile. Bukan nama dan kemegahan dalai kalangan manusia yg dicarinya tetapi menegakkan hukum allah semata2. Mendekatkan diri dan zuhud kerala allah swt. Itu pendapat saya.wallahualam.TKASIH

Unknown said...

Laksamana sunan patut menerima pujian dan menjadi sejarah abadi bagi bangsa melayu.kita hanya disuapkan dengan sejarah yg telah diputar belitkan... -saudara ghaib

Unknown said...

Laksamana sunan patut menerima pujian dan menjadi sejarah abadi bagi bangsa melayu.kita hanya disuapkan dengan sejarah yg telah diputar belitkan... -saudara ghaib

Unknown said...

Kena tanya sendiri Ramlee Awang Murshid. Dari mana dia dapat sumber laksamana sunan jika benar Sunan itu wujud.