Sunday, June 28, 2009

ALAHAI BINTANG RTM....


Bintang RTM perlu penjenamaan semula....


Malam kelmarin berlangsung beberapa rancangan hiburan realiti TV. Fenomena ini bukanlah sesuatu yang menghairankan malah sudah menjadi satu kemestian setiap stesen TV mempunyai trade mark program realitinya sendiri seperti RTM (Bintang RTM), TV3 (Mentor & Gengstarz), TV8 (One In A Million), Astro (Akademi Fantasia, Raja Lawak & Anak Wayang). Kenapa stesen TV berlumba-lumba menerbitkan program realiti ini?itu jawapan yang hanya boleh dijawab oleh stesen tv berkenaan sahaja. Apapun, saya bukannya mahu mempertikaikan tentang apa-apa yang berkaitan, tetapi ingin menyentuh sendikit mengenai satu program realiti hiburan tertua di negara kita, tidak lain tidak bukan Bintang RTM.

Kenapa Bintang RTM? Bintang RTM merupakan satu program yang sudah lama diwujudkan dan melahirkan ramai bintang yang berkaliber dan berbakat besar malah ada antara mereka menjadi permata bersinar hingga kini seperti Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Azharina dan ramai lagi. Namun kini, suasana dan realitinya amat berbeza, juara Bintang RTM yang terakhir yang masih bernyawa hingga kini ialah Azharina Azhar. Manakala juara selepas Azharina ibarat hidup segan mati tak mahu. Langsung tidak dapat berkembang maju, mujur ada Izwan Pilus, walaupun tidak bergelar juara, Izwan berhempas pulas untuk 'survive' dalam industri hiburan dan akhirnya berjaya. Kenapa hal ini boleh terjadi? Adakah dengan kemunculan Akademi Fantasia (AF), Malaysian Idol, One In A Million (OIAM) dan lain-lain telah menyumbat lubang kegemilangan Bintang RTM selama ini?

Menyalahkan program realiti lain adalah bukan alasan yang kukuh, malah itu adalah alasan bagi pihak yang kalah. Sebenarnya konsep Bintang RTM itu sendiri yang sebenarnya menyebabkan orang ramai sudah tidak berkenan lagi dengan program tersebut. Contoh paling mudah ialah mutu persembahan. Malam Ahad lepas, apabila Final Bintang RTM dan Semi Final Mentor berlangsung serentak, saya dapati kualiti persembahan, audio dan 'kemeriahan' pertandingan ternyata memihak kepada Mentor. Walaupun Mentor hanya bertaraf separuh akhir, tapi saya berpendapat mutu dan kualiti jauh lebih baik daripada Final Bintang RTM tersebut.

Satu lagi yang menjadi perbandingan ialah populariti peserta yang menyertainya. Saya membuat kajian rambang mengenai hal ini dan hasilnya memang mengejutkan. Daripada 20 orang respondan, hanya 1 sahaja yang tahu nama-nama peserta Bintang RTM, itu pun sempat berkata 'mak aku jer yang layan, aku tumpang tengok jer sekejap'...tapi bila ditanya mengenai peserta Mentor, hampir semua respondan mengetahui termasuklah program-program lain seperti AF dan OIAM. Di sana memang sudah jelas membuktikan RTM perlu memperkasakan lagi Bintang RTM, jika tidak pasti program itu hanya program syok sendiri dan berkubur dalam sejarah sahaja.

Dicadangkan nama bintang RTM ditukar ke nama lain yang lebih sesuai dan segar. Nama RTM sebenarnya telah mendatangkan persepsi yang kurang mesra kepada orang ramai. TV3 dan Astro tidak menyelitkan nama stesen mereka kerana meraka mahu melahirkan penghibur yang boleh diterima di semua peringkat. Sudah tiba masanya rebranding dilakukan pihak RTM untuk mengukuhkan semula program tersebut. Selain itu, RTM seharusnya mewujudkan satu anak syarikat atau paling tidakpun melantik satu konsultan untuk menguruskan peserta Bintang RTM pasca pertandingan supaya juara dan semua finalisnya dapat bertapak dalam industri hiburan tempatan.

Begitu juga dengan promosi, sepatutnya RTM agresif dalam mempromosikan peserta-peserta, bukan program tersebut kerana masyarakat sudah maklum mengenai Bintang RTM. Penonjolan promosi mengenai peserta adalah penting untuk menarik perhatian ramai. Format pertandingan juga harus dikekalkan dengan cara lama iaitu bermula dengan peringkat awal, suku akhir, separuh akhir dan akhir dan keputusan 100% ditangan juri. Tidak perlulah terikut-ikut dengan program lain kerana mereka ada kekuatan yang banyak berbanding Bintang RTM.

Adalah diharapkan RTM dapat terus bergerak maju, sebenarnya Bintang RTM tidaklah seteruk mana tapi cara dan gaya menguruskannya yang menyebabkan orang ramai tidak mahu mengambil tahu tentang Bintang RTM....Adios....

1 comment:

Adisaputra said...

rugi jika hanya bergelar juara BRTM..kenapa saya berkata demikian...cuba kita tanya orang ramai siapa yang pernah menjadi juara BRTM sebelum ini...pasti ramai yang mengatakan "saya tidak tahu"
mungkin silapnya kerana BRTM tidak mengambil tindakan susulan kepada juara2 ini. tidak seperti stesen tv yang lain semua peserta mereka urus sendiri sehinggalah terkenal dan memiliki album sendiri...Azharina Azhar merupakan juara BRTM tetapi sampai sekarang albumnya tidak pernah laku dipasaran...saya rasa sudah tiba masanya RTM menjalankan bedah siasat keatas BRTM...kesian kepada Erni juara baru BRTM, beliau ada pakej untuk menjadi artis yang baik...ada suara dan ada rupa...tetapi entahlah apa nasibnya selepas ini...adakah akan menjadi lebih baik atau pun terus tenggelam seperti lain2 juara sebelum ini....