Sunday, November 2, 2008

KARENAH ORANG MUDA BILA BERNIAGA


Kalau Bijak Pasti Bisnes Nda Lingkup...


1. Assalamualaikum WRT, Salam Rakan Muda & Salam Perpaduan. Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk mencore-coret sikit dalam blog aku nie.. Aku baru sahaja habis melaksanakan tugas yang diamanahkan dalam Kursus Asas Perniagaan Peringkat Bahagian Beaufort yang diadalah bermula 31 Oktober hingga 02 November di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Beaufort. Kira ni sumbangan aku yang terakhirlah sebelum aku keluar dari pintu Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort untuk pergi ke pejabat yang baru. Sekarang ni menunggu surat posting sahaja daripada SPA.

2. Sepanjang kursus yang baru habis tadi, memang banyak yang dapat dilihat. Sebelum itu rugi juga rasanya tidak dapat membantu sahabat-sahabat aku di Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Beaufort terutama Pegawainya, En. Awang Anak Ab Sani kerana kebetulan pada tarikh yang sama mereka juga mengadakan program Jiran Wanita Peringkat Daerah Beaufort di Padang Pekan Beaufort. Kepada En. Awang Anak, minta maaf bosssss....!!!!!

3. Nampak orang muda sekarang ni bila cakap berniaga sahaja mesti dorang ragu2. Masalah utama yang selalu menjadi alasan mestilah macamana mau cari modal? Lepastu mesti fikir yang dorang akan rugi punya. Tidak boleh juga salahkan dorang sebab budaya dan tahap pemikiran kita sememangnya sudah diasuh hingga tajam mengenai pemikiran tersebut. Sebenarnya jangan takut dengan bayang2 sendiri. Mula dulu baru tahu. Dalam kursus ini, banyak pendedahan yang diberikan antaranya maklumat mengenai Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) Kementerian Belia & Sukan, Penubuhan Koperasi, Strategi Menghasilkan Kertas Kerja yang baik dan sebagainya. Moral dan sahsiah juga harus diambilkira untuk menjadi usahawan yang berjaya. Mereka ni masih lemah dalam aspek keyakinan diri, perlu dipertingkat lagi, jangan terlalu merendahkan diri sendiri dan harus berfikiran positif. Inilah sikap yang harus diterapkan dalam diri orang muda untuk bersaing dengan orang lain.

4. Hari ini ramai orang muda sudah sedar mengenai kepentingan berniaga untuk kesejahteraan hidup, idea sudah ada cuma mereka tidak tahu saluran untuk memulakan langkah yang pertama. Melalui kursus inilah mereka mendapat ilham, keyakinan dan kesungguhan untuk berjaya. Aku mendoakan mereka ni berjaya membuka perniagaan bermula secara kecil2an dan manatau satu hari nanti mereka yang bermula dengan gerai ditepi jalan ni akan mempunyai Wisma perniagaan sendiri. Berilah peluang kepada mereka untuk berjaya. Sekian dan terima kasih.

No comments: