Monday, April 6, 2009

KABINET BARU MALAYSIA


YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia Ke 6.


Salam. Jumpa lagi kita dalam sembang siber. Oleh kerana kita dalam mood pilihanraya sekarang ni, jadi apa salahnya kita bekunyanyang pasal politik dan pilihanraya kecil di dua (2) bukit dan satu (1) batang tu kan..Uik macam lain bunyinya..kui2..apapun, terlebih dahulu diucapkan tahniah dan syabas kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak kerana telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Semoga Datuk Seri dapat menunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.


Emmm...Dalam senario sekarang, cakap2 mengenai barisan kabinet Datuk Seri Najib semakin meluas diperkatakan. Mesti ramai yang fikir siapa menteri yang ada sekarang akan digugurkan dan siapa pula yang dilantik. Yang pasti Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna telah kosong berikutan perletakan jawatan Datuk Shahir Abd Samad yang disifatkan sebagai gentleman dan bertanggungjawab. Apapun, semuanya terserah kepada YAB Perdana Menteri yang baru ini untuk merencanakan barisan kabinet yang baru ini kelak.


Berasaskan pandangan peribadi saya, saya menjangkakan akan ramai menteri yang digugurkan daripada kabinet tidak kira sama ada disebabkan sudah tidak mempunyai jawatan dalam parti, prestasi kerja yang tidak bagus atau untuk meniupkan nafas baru dalam kepimpinan yang sedia ada serta penggabungan beberapa kementerian yang mempunyai pertindihan fungsi dan peranan yang mengelirukan.


Mungkin kedudukan Datuk Ong Ka Chuan, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan beberapa lagi menteri yang dianggap senior tidak selamat lagi untuk terus menganggotai kabinet Najib yang dilihat akan melakukan perubahan besar terutama membabitkan orang muda. Tidak mustahil Khairy Jamaluddin, Datuk Shahrizat Abd Jalil, Datuk Rosnah Abd Rashid, Datuk Bung Mokthar Radin, Datuk Kong Cho Ha akan membuat penampilan sebagai Jemaah Menteri yang baru.


Penstrukturan semula kementerian yang ada dijangka berlaku. Tidak mustahil Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan digabung selain Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi digabung dengan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Selain itu, kewujudan Kementerian Perpaduan Negara & Integrasi Nasional dilihat adalah perlu memandangkan isu-isu perkauman semakin merebak dan satu kementerian khusus perlu diadakan bagi membendung seterusnya memperkukuhkan perpaduan nasional masa kini.


Pertukaran portpolio Menteri yang sedia ada juga akan dapat disaksikan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein (Menteri Pelajaran), Datuk Seri Mohd Syafie Apdal (Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri), Senator T.Murugiah (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan) dijangkan akan bertukar tangan. Walaupun Datuk Seri Azalina dicemari dengan isu rasuah pegawai kanannya, Perdana Menteri dijangka tidak akan menggugurkan Azalina berikutan prestasi baik serta kurangnya Jemaah Menteri di kalangan Wanita.


Besar harapan rakyat untuk melihat satu barisan kabinet baru yang mantap, bersih, berdedikasi dan bertanggungjawab. Seharusnya mana-mana menteri yang sudah terlalu lama harus memberi laluan kepada muka baru bagi menjamin kestabilan dan kejayaan kerajaan Malaysia dibawah Perdana Menteri yang maju. Masa bersuka ria kerajaan Persekutuan masa kini sebenarnya telah tamat kerana BN akan dinilai tidak sampai 4 tahun bermula pada ketika ini dan rakyat akan menentukan survival kerajaan yang ada sekarang.


1 comment:

Adisaputra said...

Walau siapa pun barisan kabinet kita harus sokong..tetapi biarlah yang betul - betul mahu berkhidmat untuk rakyat...dan harap - harap suara golongan muda kali ini di perhatikan tidak seperti yang lalu golongan muda di pandang sepi hinggakan pembangkang yang banyak menggunakan golongan ini dan lihat apa hasilnya....tp aku tetap pada kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Najib