Tuesday, April 14, 2009

"TIBA MASA ORANG MUDA MENJADI PENENTU"


Selamat Berjuang Ahmad Shabery, Terima Kasih Ismail & Azalina.

Ramai yang mengalu-alukan tetapi tidak teruja dengan perlantikan Datuk Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Belia & Sukan Malaysia. Dalam banyak kolumnis sukan mahupun ruangan siber orang muda, masih lagi ada kedengaran nada 'masih tidak percaya' dengan kebolehan Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk mewakili mereka.
Bagi saya, itu satu sikap yang pesimis dan mungkin juga prejudis kepada YB Menteri. Beliau belumpun membuka langkah silatnya, ada sudah yang berkata sumbang. Inilah orang kita. Suka menilai dari aspek yang tidak sepatutnya. Mungkin juga ramai yang membandingkan prestasi YB Menteri semasa menyandang jawatan Menteri Penerangan dahulu.

Hari ini kepada sesiapa yang dilantik mengetuai Kementerian Belia & Sukan pasti pening kepala. Jika dahulu kementerian ini dianggap kementerian 'honeymoon', 'santai' dan 'sindrom relaxlah, bukan banyak keja pun', hari ni segalanya berubah. Awal-awal lagi YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak 'mencabar' orang muda untuk sama-sama kerajaan membangunkan negara ini. Namun ramai yang terfikir, bagaimana menarik golongan ini sedangkan golongan muda inilah penyebab utama kekalahan memalukan BN dalam Pilihanraya Umum Ke 12 lepas mahupun 5 Pilihanraya Kecil sebelum ini. BN dibelasah 1-4 dalam 5 Pilihanraya Kecil lepas. Jika dalam bola sepak, angka itu menunjukkan bahawa pasukan yang kalah itu memang teruk!. Kementerian Belia & Sukan sudah pasti harapan kerajaan untuk menarik kembali sokongan golongan muda. Alahai KBS!.

Hari ini Datuk Ahmad Shabery perlu fokus untuk menarik orang muda supaya yakin dengan kerajaan. Bukan sekadar menyediakan program untuk pembangunan modal insan, sahsiah, keseronokan berfaedah dan 'adventure' semata-mata. Banyak yang perlu dilakukan. YB Menteri juga kena fikirkan kenapa saluran 4,5 dan 6 (jika betul) dalam pilihanraya yang merupakan saluran golongan belia sentiasa memihak kepada parti pembangkang sejak tahun lepas dan walaupun setahun sudah berlalu, hal itu ternyata masih tidak berubah.

Untuk rekod, YB Menteri Belia & Sukan sejak zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menterinya, sentiasa sahaja mengalami perubahan dasar dan strategi. Jika Tan Sri Muhyiddin lebih cenderung kepada Sukan, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein pula fokus kepada Belia. Semasa Datuk Seri Azalina Othman Said, golongan Rakan Muda dan sukan mendapat manfaat yang besar. Manakala Datuk Ismail Sabri Yakob pula terarah kepada pembangunan Belia. Diharapkan Datuk Ahmad Shabery mempunyai satu formula yang mantap untuk kembali mengambil hati dan perhatian golongan muda ini.

Dicadangkan YB Menteri dapat memantapkan lagi pembangunan Rakan Muda ini untuk terus menggalakan orang muda menyertai program-program bersifat kesedaran seterusnya membantu kepercayaan orang muda kepada dasar-dasar kerajaan. Jika perlu, kementerian harus menubuhkan Institut Pemikiran Rakan Muda untuk membuat kajian dan penyelidikan mengenai keperluan orang muda masa kini. Orang muda masa kini lebih berminat dan cenderung kepada mana-mana parti yang mempunyai ramai orang muda kerana alasannya mudah, hanya orang muda tahu apa yang orang muda mahukan. Budaya 'siapa dulu makan garam' ataupun 'orang muda harus memahami orang tua' sudah berlalu sebenarnya. Inilah yang patut BN khususnya UMNO fikirkan bermula daripada sekarang.

Sebagai contoh, selama ini satu kawasan Parlimen ataupun DUN dipimpin oleh seorang YB BN yang mencecah 20 tahun lamanya namun pembangunan fizikal, perniagaan dan pendidikan cukup lembab. Ini membuatkan orang muda meluat dan menyampah untuk terus mengekalkan YB tersebut. Ungkapan 'Dah lah tua, tak tahu buat keja', 'Jd YB sekadar mau kumpul harta', 'YB tahu cakap pasal jambatan dan jalanaraya saja', 'Sudah2lah jadi YB, bagi peluang orang baru' adalah antara ungkapan paling famous dikalangan orang muda masa kini. YB khususnya dari BN sudah tidak dipandang lagi gara-gara kegagalan menjaga hati dan kemahuan orang muda ini. Jadi kepada YB-YB yang dah rasa lain macam tu, bersedialah berundur secara terhormat atau ditunjuk jalan keluar pada pilihanraya akan datang.

Orang muda sebenarnya tidak berubah. Tetapi mereka sekadar memberitahu dan menggunakan hak yang ada supaya kerajaan tidak mengabaikan mereka. Jika dahulu golongan ini dipandang sekadar budak hingusan, sekarang kerana hingus budak hingusan ini lah membuat YB-YB terngadah dari tidurnya yang lena. Kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek, selamat menjalankan tugas dan semoga berjaya. Sekian dan wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

saya setuju...golongan muda sekarang ni sudah semakin maju corak pemikirannya dan semakin berani menyuarakan pendapat. tetapi malangnya ada sesetengah pemimpin yang menafikan suara golongan muda ini..golongan muda ini bukanya mahukan sangat pembangkang tetapi mereka merasakan di sana mereka lebih bebas untuk bersuara...jika ini tidak dibendung pasti suatu saat kerajaan akan kehilangan suara yang amat berharga ini...

warisantamar @ KualaLumpur said...

Bro, saya sudah berada dlm arus politik esp. di kawasan kita. Terus terang saya cakap, kita sedikit ketinggalan dlm byk hal. Tapi saya yakin itu bukanlah satu masalah. Masalahnya ialh apabila pemimpin sekrg yg pada saya sudah byk kali recycle dan menganggap tiada urang lain esp. org muda yg mampu dan layak memimpin.

Personally, saya org UMNO dan memegang jawatan dlm Pemuda. Tapi saya percaya kita perlu berani berubah dan berani menyuarakan rasa hati. Saya kdg kala dilihat macam menghentam UMNO. Saya geleng kepala dgn manusia sebegini. Percambahan minda tidak terhasil hanya dgn megumpulkan kelompok yes man. Pada saya, calon-calon BN/UMNO dlm pilihanraya di kawasan kita tidak teruji semasa p/raya. Mereka tidak pernah ditentang dgn calon yg segar, bersih, agresif, reformer dan berwibawa. Saya yakin YAB PM sekrg sudah melihat bhw era memilih pemimpin recycle dan pemimpin yg kononnya disokong gila babi oleh rakyat sudah berakhir.

Saya berharap akan ada calon p/raya dan sudah tentu saya berharap ia dari parti UMNO saya, dimana calon tersebut memenuhi aspirasi rakyat. Bukan hanya `melayan' cita-cita mahu kaya dgn prujek-prujek tapi masalah rakyat dia buat muka sadin...

BELL said...

Warisan Tamar

Terima kasih atas komen yang diberikan. Memang betul apa yang WT katakan, budaya anggup kepala, yes man, semua ok sudah berlalu dan kalau masih ada sila lah hakiskan perlahan-lahan. Bukan niat untuk memecahbelahkan keadaaan atau mengeruhkan suasana, tapi berpeganglah pada konsep yang benar si sokong, yang melencong di sadung.

Semua WT, Ustaz Said, Kami Anak Malaysia dan lain-lain dapat bergerak maju untuk mewujudkan satu masyarakat intelek yang terbuka mindanya dan dapat menyumbang kepada keperkasaan negara yang kini diterajui pemimpin berjiwa rakyat, YAB Datuk Ser Mohd Najib Tun Abd Razak..

TQ semuanya.