Thursday, April 23, 2009

MASALAH BEKALAN AIR DI MENUMBOK ; ALAH BISA TEGAL BIASA


Air Oh Air, Di Mana Engkau Air..

Daerah Kecil Menumbok, kira-kira 60km dari Daerah Beaufort merupakan satu daerah kecil yang amat berpotensi untuk berkembang maju. Terletak di Daerah Kuala Penyu, namanya sahaja sudah mengusik kalbu jika mereka pertama kali mendengar nama tempat ini. Inilah kampung halamanku yang sentiasa bersanubari di dalam hati. Dalam suratkhabar News Sabah Times 21 April lepas telah keluar cerita masalah bekalan air yang tidak dirasakan di SMK Menumbok dan sekitarnya. SMK Menumbok adalah sekolahku dan di sekolah inilah aku berjaya sehingga aku menjadi seperti hari ini. Aku tidak terkejut bila seorang cikgu di SMK Menumbok yang aku hormati, Cikgu Abd Rahman mengemukakan masalah ini. Sudah terlalu lama sebenarnya 'rakyat' di Menumbok diseksa dengan masalah air. Sudah-sudahlah, tinggal 11 tahun lagi Malaysia mencapai status negara maju, tapi masalah ini seperti tidak pernah dipedulikan.

YB? YB silih berganti, DUN Kuala Penyu pernah 'menghukum' YB BN yang ketika itu sudah menjawat Timbalan Ketua Menteri/Menteri penuh kerajaan negeri dek kerana masalah yang ada tidak pernah selesai. DUN Kuala Penyu juga pernah memberi peluang kepada 'YB Bebas' untuk menguruskan masalah di kawasan ini, dan sekarang YB BN kembali berkuasa dan hasilnya tetap sama 'tiada perkembangan'. YB Parlimen pun tidak kurangnya. Cakap sana, cakap sini, umum peruntukan sana, umum peruntukan sini, tapi habuk pun tadak!!! jadi mana silapnya? jika di Amerika, Gabenor (Panggilan untuk YB bertaraf Parlimen di USA) pasti sudah melepaskan jawatan jika tidak berjaya menyelesaikan masalah yang sudah bertahun-tahun lamanya. Malah Gabenor Carlifornia, sapa tidak kenal bekas aktres 'Arnold' yang menjadi Gabenor pernah berkata beliau rela ditembak jika gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Masalah air di Menumbok cukup serius. Jika tiada telaga, tidak mustahil ada yang hari2 mandi laut sampai rambut jadi kuning. Fenomena bila ada 'Menteri' datang, baru air paip akan ada sudah sinonim di sini. YB balik, air pun OFF. Jika ada pun 2-3 HARI ja, lepas tu 2-3 BULAN tiada air paip. Air tangki sampai mana dapat bertahan, jika hujan pun tak kunjung tiba, mana lagi orang Menumbok mau berharap. Sudah-sudahlah menyeksa jiwa penduduk di sini. Anak-anak yang belajar di SMK Menumbok pun tidak selesa tidak ada air. Yang di asrama di mana mau dapat air. Ada yang beli air mineral untuk mandi. tidak kah para YB kesian mereka? SMK Menumbok bukan tidak pernah mengharumkan daerah Kuala Penyu, dah banyak kali tapi pelajarnya terus terseksa sejak sekolah ini dibuka lagi.

Itu cerita air, belum lagi cerita letrik. Selalu terputus. Ntah apa-apa lah nasib kawasan sini. Mujur orang Menumbok belum pernah "menumbuk YB". Jangan sampai jadi begitu. Fikir-fikirlah sendiri. Bak kata Bintang Paling Popular Berita Harian, NABIL..."LU FIKIRLAH SENDIRI". Jika kalah dalam Pilihanraya nanti, BN/UMNO tak payah buat post moterm kerana masalah sudah didepan mata, nyata dan realiti. Pilihanraya bukan program realiti yang boleh di 'adjust', tapi keputusan adalah abadi, muktamad lagi hakiki.



Hampir 600 Pelajar & Guru Terjejas Teruk Kerana Terputus Bekalan Air
21st April, 2009 (News Sabah Times)

MENUMBOK: Hampir 600 pelajar dan guru dan SMK Menumbok Mempakul terjejas teruk ekoran terputus bekalan air ke sekolah tersebut sejak beberapa bulan yang lepas. Seorang guru Abdul Rahman Taip, berkata masalah itu lebih kritikal dirasakan oleh 200 orang pelajar yang tinggal di asrama yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bagi keperluan seharian terutama-nya untuk keperluan mandi dan juga keperluan memasak.

“Bekalan air ke kawasan SMK Menumbok termasuk kampung Mempakul dan persekitarannya agak kritikal sejak beberapa bulan yang lepas dimana ianya menjejaskan kehidupan pelajar di sekolah ini termasuklah masyarakat di persekitarannya,” katanya ketika ditemui di sini, pagi kelmarin. Menurut Rahman yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno bahagian Beaufort sebelum ini walaupun tekanan airnya agak rendah namun sekolah ini masih mendapat bekalan dan ini memungkinkan usaha untuk menyimpan stok air dalam tangki simpanan dapat dilakukan bagi keperluan pelajar dan guru di sekolah ini.

Sambil melahirkan harapan supaya pihak yang bertanggugjawab terhadap masalah ini mengambil tindakan konkrit untuk mengatasi masalah ini, Rahman berharap tindakan segara perlu dilakukan oleh pihak berkenaan supaya masalah ini tidak menjejaskan pembelajaran pelajar di sekolah ini. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort, Ahmad Said, ketika ditemui berkata, pihak Jabatan Air perlu memberikan keutamaan yang lebih dari segi agihan air ke kawasan Menumbok dan persekitaranya supaya stok penyimpanan air yang membekalkan air di kawasan ini tidak terputus langsung.

“Apabila sistem agihan ini diberikan masa yang lebih ke kawasan Menumbok stok penyimpanan air yang memberikan bekalan air ke Menumbok tidak akan terputus dan ini membolehkan pengguna terlibat di kawasan ini dapat menyimpan stok bekalan air daripada ianya terputus langsung,” katanya. Ahmad yang juga Pengerusi JKKK Kampung Darat mahukan pihak terlibat termasuk Wakil Rakyat di kawasan ini turut padang bagi memantau masalah ini sesuai dengan konsep kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat.

2 comments:

Adisaputra said...

Seingat saya masalah ini telah berlaku sejak dari dulu lagi.. pemimpin dah bertukar beberapa kali...harap2 kali ini dapat selesai...kesian pelajar2 sekolah yg tidak dapat bekalan air yang secukupnya...INGAT AIR SUMBER KEHIDUPAN

mohammad nor said...

Assalam mualaikum.....saudaraku di Tanah Bertuah MENUMBOK
Masalah air di Menumbok perkara biasa pada kami semasa mengajar di SMK Menumbok sekitar tahun 1979/1983 yang lalu.
Dengan dua buah tangki besar air hujan dan satu telaga kami berkongsi mandi bersama anak didik kami. Kalau lambat mandi alamatnya kene tunggu sejam baru penuh airnya.Maklumlah berkongsi dengan 20 ke 30 orang murid. Nak kongker telaga tu tak boleh lak sebab kita orang korek bersama murid/gotongroyong.Istimewanya air telaga tu sentiasa berair walaupun kemarau panjang.
Time yang paling seronok bila musim hujan,air bersih yang mewah dan percuma turun dari langit, masa tulah kami dok syampoo rambut,basuh kain baju dan tadah buat simpanan jika kecemasan.Masa tu air sangat bernilai buat kami.Kalau tangki besar kami tu penuh bermakna stok air tu bertahan untuk minum dan masak sahaja selama 2 bulan.Mandi membasuh dan lain-lain pi lah kat telaga.
Berbeza benarlah sekarang air dah di bosi( air dah dipaip)kemajuan di Daerah Menumbok ni amat membanggakan saya dan rakan-rakan di Semenanjung yang pernah mendiami Menumbok ini. Rindu juga pada kelian semua.Mungkin ramai kenalan saya yang telah mendahului kita semua. Kepada mereka yang telah pergi dan berjasa kepada kami semua, saya sedekahkan Al Fatihah semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di ampun kan segala dosa-dosa yang lalu.
Kepada kelian yang mengingati kami di ucapkan terima kasih

m2nor@streamyx.com
balgero_banzai@yahoo.com