Thursday, April 30, 2009

BOLA SEPAK : BILA AGAKNYA MALAYSIA BERGELAR JAGUH?


Bila dikatakan Malaysia mampu layak ke Piala Dunia 2016, ramai yang tergelak besar. Kenapa agaknya?


Bola Sepak. Emm kalau diikutkan sukan ini adalah sukan nombor satu di Malaysia tapi malangnya sukan ini juga sudah banyak kali memalukan Malaysia. Ramai yang tidak membantah apabila bekas jurulatih Malaysia, B.Sathianathan menyatakan "Liga Malaysia bukanlah bola sepak sebenar" sebaik sahaja tamat perlawanan kelayakan Piala Asia dengan keputusan yang sudah menjadi kebiasaan apabila bertemu pasukan gagah, tewas 0-5 kepada UAE. Pada ketika itu juga, buat sekian kalinya para penyokong negara sudah kehilangan sabar dan mengadakan 'tunjuk perasaan' di luar stadium. Insiden jurulatih UAE dibaling botol air mineral ketika bersalaman dengan Sathianathan juga amat memualkan untuk ditonton.

Apakan daya, jangan salahkan penyokong kerana mereka sudah puas sebenarnya dihidangkan dengan aksi longlai, lemah, lemas dan 'hancur'. Apabila bertemu pasukan 'kuat sedikit' dari Malaysia, tidak keterlaluan 90% rakyat Malaysia beranggapan Malaysia akan tewas. Mereka datang ke stadium adalah untuk melihat keajaiban berlaku, tapi malangnya balik-balik mereka mendapat keaiban pula. Sedangkan gunung berapi yang bertahun-tahun memendam laharnya pun boleh meletus, inikan pula manusia.

Kejayaan menjuarai Pesta Bola Merdeka dua tahun lalu mungkin sedikit membanggakan. Tapi perkara yang tidak 'best' ialah apabila pasukan yang dijemput dalam kejohanan itu adalah pasukan 'kerdil' dan 'picisan'. Pendek kata senang Malaysia mau kalahkan. Apa rasional kita menjemput pasukan begini. Kata orang jika mau pandai berkawan dan belajarlah dengan kawan yang pandai. Baru kita tahu rahsia kelemahan dan kekuatan kita. Kenapa tidak berani menjemput pasukan pada kekuatan sederhana seperti New Zealand, Uzbekistan, Thailand, Finland, Ireland Utara dan lain-lain lagi. Ni buat perlawanan persahabatan pun dengan Maldives dan pasukan kelab ntah apa-apa dari negara yang tidak ternama. Bila lah agaknya nak maju jika begitulah keadaannya.

Malaysia juga sering dilihat kurang menyertai pertandingan antarabangsa. Apa salahnya 'mengusung', 'mengepos',' mengcall', 'mengfaks' dan segala 'meng' utusan kepada mana-mana negara yang akan menganjurkan mana-mana kejohanan. Biar kita hidung tak mancung, pipi tersorong2 yang penting kita dapat menyertai kejohanan dan bertemu dengan negara-negara yang boleh menunjukkan aras sejauh mana kekuatan kita. Persetankan alasan Liga M akan terjejas. Itu alasan lapuk lagi berhabuk. Liga M pun FAM yang urus, bukan badan lain. Usahlah memberi banyak alasan kerana orang yang banyak memberi alasan adalah orang yang tidak berwawasan.

Perlantikan K.Rajagobal sebagai jurulatih baru Malaysia juga tidak ramai yang mengalu-alukan. Tinjauan dan undian yang dilakukan oleh sebuah stesen TV swasta mengenai perkhabaran itu menunjukkan indeks yang tidak memeranjatkan. Dalam 'poll' itu, 90% rakyat Malaysia berkata bola sepak Malaysia 'tidak akan ke mana' di bawah K.Rajagobal. Mungkin 10% itu orang tersalah send sms atau jawapan mereka 'saya tidak tahu'. Bukan menidakkan kemampuan K.Rajagobal yang sememangnya bagus di peringkat domestik, tapi apalah salahnya melantik jurulatih asing bagi menguatkan pasukan kebangsaan. Jika Alan Harris dan Bertalan Bisckei diberi lebih banyak masa dan ruang dahulu, tidak mustahil Malaysia sekaranga adalah pasukan terbaik sekurangnya di peringat Asia Tenggara. Melihat persembahan permainan Malaysia pada masa itu memang memberi harapan. Tapi malang, gara-gara kalah besar satu perlawanan, habis semuanya disingkirkan. Itulah tradisi bolasepak Malaysia. Kenapa tidak membuka mata bagaimana Sir Alex Ferguson hampir dua dekat melatih Manchester United dan hasilnya tidak perlulah saya bercerita. Begitu juga dengan Arsene Wenger yang memimpin Arsenal.

Ranking terbaru menunjukkan Malaysia berada di tangga ke 161, di atas Malaysia ada Myanmar (159), dan dua buah negara yang mana WP Labuan lebih besar iaitu St Kitts & Nevis (151) dan St. Vincent (153). Di tangga 162 adalah Filipina, negara belasahan Malaysia suatu ketika dahulu. Hatta Palestin (171), negara yang tidak pernah aman dan berlatih di negara luar, pun bila-bila masa sahaja memintas Malaysia. Itulah realiti bolasepak Malaysia. Tiada yang istimewa untuk dibanggakan. Hanya kisah silam pernah layak ke Sukan Olimpik dan pentas Piala Asia sering dikitar semula dan diulang tayang sampai orang lebih mengenali siapa Mokthar Dahari, Soh Chin Aun, Hassan Sani, Zainal Abidn Hassan berbanding Amri Yahya, Syamsuri Mustapha, Indra Putra dan sebagainya. Pernah dalam program bual bicara apabila ditanyakan Amri Yahya adalah seorang atlit angkat berat, penonton tersebut tanpa rasa bersalah dan yakinnya berkata ya. Itulah nasib pemain Malaysia.

Alahai nasib bolasepak Malaysia. Nasib-nasib. Bagai pungguk rindukan bulan, begitu penantian rakyat Malaysia.


4 comments:

Anonymous said...

malaysia tadak p mana pn..dukkk tuu juga tak bkembg maju...

Anonymous said...

bola sepak malaysia dah naik muak aku nak ckp...peruntukan juta2 tapi bain "buta2" puihhhhhhhh

Adisaputra said...

tidak keterlaluan aku katakan kalau kita sebenarnya takut utk berdepan dengan kenyataan kita ni kaki bangku...sebab tu kita xkan lawan pasukan yang kuat sebab takut kalah dan malu...jgn kan lawan pasukan kuat nak ambil pemain import pun kita x berani dengan alasan bagi peluang utk pemain tempatan...apa selama ini kita tak bg peluang kah utk pemain tempatan atau pemain kita yang tak tau nak ambil peluang...tegk ja mana2 liga utama di dunia ini..semua ada pemain import sebab utuk membiasa kan pemain negara tersebut bersaing dengan pemain luar..bukan kah ini dapat meningkatkan tahap permaianan pemain kita...dulu malaysia dah buat tidak ambil pemain import dan ternyata cara itu gagal kenapa buat lagi kali ini nak malaysia terus gagal ka..kita dapat menjana kewangan kalau liga kita menarik pasukan2 pun tidak akan mengeluh kekurangan dana.penonton pun akan membanjiri stadium sebab kualiti permainan yang baik...sekarang ni jangankan pergi staduim, tengok siarang langsung di tv1 pun orang makin malas baik tengok rancangan lain sebabnya cuma satu, pemain kita main teruk!!!!

Anonymous said...

awat lemah sgt tim msi tu x pyh cite la,yg pntg awat tu presiden fam dok reti2 nak blah.....itu yg pntg